Rabu, 8 April 2009

??? Rakyat Tolak BN Tetapi Angkat PAKATAN RAKYAT



Keputusan Piliharaya Kecil di 3 Kawasan semalam bolehlah di jadikan kayu pengukur bagaimana pandangan dan harapan rakyat mengenai situasi politik semasa negara.
Keputusan 2-1 semalam, di mana Pakatan Rakyat menang di 2 kawasan iaitu di Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau manakala BN menang di DUN Batang Ai menunjukkan sikap pengundi yang masih lagi menolak BN.
Di Semenanjung Malaysia, seolah-olah mereka terus menolak BN manakala di Sarawak mereka masih percaya dan yakin dengan BN. Dalam situasi begini BN perlu mencari di mana silapnya mereka manakala di Pakatan Rakyat pula cuba untuk terus memenangi hati para pengundi.
Mulai sekarang BN perlu mendalami hati dan naluri Rakyat mengenai apa yang sebenarnya mereka mahu selain dari Pembangunan. Untuk itu semua maka kepimpinan Tertinggi BN perlu segera mengatasi situasi ini demi untuk mengekalkan tampuk kepimpinan Negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan