Rabu, 15 April 2009

5 Prinsip Rukun Negara


Mungkin kita lupa bahawa RUKUN NEGARA Diisytiharkan pada 31 Ogos 1970. Tujuan ianya di wujudkan adalah untuk menyatupadukan Rakyat Malaysia yang berbilang Agama, Bangsa dan Kaum.
Kelima-lima Prinsip yang terdapat di dalam Rukun Negara itu memperjuang dan melindungi semua Hak Rakyat Malaysia.
Sekarang sebilangan kita mula mempertikai , menuntut sesuatu yang mungkin bercanggah dengan Prinsip yang terdapat di dalam Rukun Negara. Justeru itu marilah kita saling hormat-menghormati antara satu sama lain demi kebaikan dan kesejahteraan kita bersama.
Mulai sekarang Rakyat Malaysia perlu memuhasabah diri mereka tentang dari mana DATANGNYA Kekayaan, Kemajuan, Keamanan yang mereka nikmati kini. Salah satunya ialah kerana wujudnya RUKUN NEGARA.
Fikir dan renunglah...........
'SATU BANGSA SATU NEGARA MALAYSIA NEGARAKU"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan