Khamis, 6 Ogos 2009

SELAMAT MENYAMBUT NISFU SYAABAN


Alhamdulillah, syukur kehadrat ALLAH SWT kerana dengan izinNya maka kita dapat bertemu sekali lagi dengan Malam Nisfu Syaaban pada tahun 1430H@2009.
Di dalam bulan ini umat Islam dianjurkan melakukan sebanyak mungkin amal kebajikan. Di dalam bulan ini juga tercatat sejarah besar umat Islam di mana ALLAH SWT telah memerintah Nabi Muhammad SAW menukar arah kiblat dari Masjid Aqsa, Baitul Muqaddis ke Kaabah di Masjidil Haram di Mekah. Peristiwa ini berlaku pada tahun ke-2 Hijrah.
Mudah-mudahan segala amalan kebajikan kita sepanjang bulan Syaaban ini diterima oleh ALLAH SWT. Amin...Ya Robbal Alamin.