Khamis, 24 Disember 2009

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR KALI KE-20 SK KG TEH, OYA, DALAT 09


Ucapan dari YB Datin Hajah Fatimah


YB Datin menyampaikan hadiah kepada para
pelajar yang berjaya dalam matapelajaran
masing-masing

Anakanda Muhamad Al Tirmizi Khalid
turut menerima hadiah

Salah seorang pelajar Pra menerima
hadiah daripada Ketua Kaum
Kampung Teh, Ayahanda Jaraiíe Tahal




Khamis, 17 Disember 2009

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 1431HIJRAH

-sekadar hiasan-

-sekadar hiasan-

Kepada seluruh muslimin dan muslimat, penulis mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut tahun 1431 Hijrah. Penulis berdoa dan berharap agar pada tahun 1431H, kita semua senantiasa mendapat keredhaan, keberkatan dan rahmat ALLAH SWT.
Justeru itu marilah kita meningkatkan lagi segala amalan wajib dan sunat kita untuk di jadikan sebagai bekalan kita untuk menuju ke ALAM AKHIRAT yang kekal abadi.
Renungan dan peringatan bersama:-
Ingat 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara
1) Muda sebelum datangnya Tua
2) Sihat sebelum datangnya Sakit
3) Kaya sebelum datangnya Miskin
4) Lapang sebelum datangnya sibuk
5) Hidup sebelum datangnya kematian


Selasa, 8 Disember 2009

PROGRAM INFO BESTARI DAN SIVIK SILATURRAHIM K.BESTARI KUALA OYA@30/11/09




Menyampaikan ceramah 1Malaysia sempena Program Info Bestari Dan Sivik Silaturrahim
anjuran bersama Jabatan Penerangan Daerah Dalat dan K.Bestari Kampung Kuala Oya
bertempat di Dewan Kuliah, Masjid At-Taqwa, Oya.
Turut menyampaikan ceramah ialah Sarjan Andy Nyanggoh dari Balai Polis Oya
dan En Sebastian Stanley dari Klinik Kesihatan Dalat

Program Ibadah Qurban Dan Aqiqah sempena Aidil Adha di Masjid An-Nur Sibu @ 1430H @ 2009








ULANGTAHUN KE-5 ANAKANDA MUHD ALTIRMIZI




Ulangtahun ke-5 sambutan hari kelahiran anakanda Muhd. Altirmizi Bin Khalid


Rabu, 18 November 2009

MALAYSIA SAMBUT AIDILADHA PADA 27 NOVEMBER 2009@JUMAAT@10 ZULHIJJAH 1430H

-gambar hiasan-




-gambar hiasan-


Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya AidilAdha 1430H pada 27 November 2009 (Jumaat). Semasa sambutan Aidil Adha umat islam di sunatkan untuk melakukan ibadah Qurban.
Disamping itu juga umat islam digalakkan bertakbir memuji kebesaran ALLAH SWT, Tuhan Pencipta Sekelian Alam.
Semasa Aidil Adha semua umat Islam sama ada yang mengerjakan haji atau pun tidak, sunat bertakbir selepas setiap solat fardhu atau solat sunat. Ini bermula dari solat subuh hari Arafah (10 Zulhijjah, iaitu pada Aidil Adha) hinggalah selepas solat Asar hati Tasyriq yang terakhir.
Sama-samalah kita memperbanyakan ibadah sunat pada bulan yang mulia ini. Mudah-mudahan segala amalan kebajikan kita diterima oleh ALLAH SWT.

Isnin, 19 Oktober 2009

1Malaysia "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan


Bahan rujukan dan bacaan 1MALAYSIA.
Kepada yang berminat kunjungi Pejabat Penerangan yang berhampiran dengan anda
bagi mendapatkannya.
1 MALAYSIA
Rakyat Didahulukan, Pencapaian DiUtamakan


Jumaat, 16 Oktober 2009

JAMBATAN DALAT@16/10/09@1030


Pemandangan dari Jambatan Dalat


Pemandangan di atas Jambatan Dalat

Jambatan Dalat yang hampir 95 % siap ini akan memudahkan
para penduduk dari Kg. Baru / Kg. Brunei /Kg. Sg. Kut Tengah / Kg. Sg. Kut Muara untuk ke Pekan Dalat.
Selama ini mereka bergantung kepada perahu/bot untuk
ke Pekan Dalat.

Simpang ke Kg.Sg. Kut Tengah





Pemasangan batang paip baru dari Loji bekalan air Dalat ke Loji bekalan air
Sg. Kut Muara turut dilaksanakan bagi mengisi keperluan para penduduk
di Sg. Kg. Kut Tengah dan Kg. Kut. Muara.





Isnin, 12 Oktober 2009

RAMAHTAMAH AIDILFITRI ANJURAN PERKIM CAWANGAN DALAT / OYA @11/10/09



Penyampaian bantuan kepada golongan yang kurang berkemampuan oleh
YB Datin Hajah Fatimah sempena Majlis RamahTamah AidilFitri
anjuran PERKIM Cawangan Dalat / Oya di Dewan Masyarakat Dalat.


PISANG AJAIB DI KAMPUNG TEH, OYA @ 10/10/09










Pokok Pisang HOTEL ini telah mengeluarkan Pisang KEPOK bersama-sama dengan Pisang HOTEL.
Peristiwa aneh ini adalah Bukti Kekuasaan ALLAH SWT untuk dijadikan RENUNGAN kita bersama.
Sesungguhnya ALLAH SWT berkuasa untuk menjadikan sesuatu hanya dengan
"KUN FA YAKUN".


Jumaat, 9 Oktober 2009

RamahTamah AidilFitri SK Kg Teh, Oya @ 5/10/09@16 Syawal 1430

Anakku Muhd. Al Tirmizi Khalid antara yang hadir pada majlis ini
Tuan Hj Jemain B Sahmat, YDP PIBG SK Kg Teh menyampaikan ucapan Penolong kanan 1 Sk Kg Teh, Puan Khamsiah menyampaikan ucapan
alu-aluan

Ayahada Jaraiíe B Tahal, Ketua Kaum Kg. Teh menyampaikan hamper kepada salah seorang tetamu semasa sesi cabutan tiket bertuah






Para Tetamu sedang menikmati juadah yang disediakan







Jumaat, 25 September 2009

AIDILFITRI 2009@1430 HIJRAH (1)

Bergambar bersama ahli keluarga Isteri

Bersama Bonda Dan Ayahanda di Sibu

Anakanda Muhd. Altirmizi dan Anakanda Nadia Mawaddah


Bersama Isteri Dan Anak yang tersayang

Bersama Isteri tercinta