Jumaat, 27 Mac 2009

Tahniah !


Tahniah Kepada Kedua-duanya
Dan Bakal Perdana Menteri Dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Rabu, 25 Mac 2009

Perasmian Tilawah Al-Quran Daerah Matu 2009 di Dewan Masyarakat Kg Tian, Matu

YB Abuseman menyampaikan ucapan Perasmian

En Rosli Ghani Pengerusi Pengelola Tilawah Al-Quran
Daerah Matu 2009 menyampaikan cenderamata kepada
YB En Abuseman


Salah seorang Qariah sedang memperdengar bacaan ayat-ayat suci Al-Quran


Pengacara Majlis Dan Juru Audiovisual
bertugas semasa Majlis berlangsung





Majlis Penyampaian Wang Ehsan Mangsa Banjir Matu

YB Abuseman menyampaikan Wang Ehsan kepada salah seorang mangsa banjir

Khusyuk mendengar ucapan YB Abuseman





Mangsa Banjir berpusu-pusu mendaftar dengan urusetia di luar Pejabat Daerah Matu sebelum Majlis Penyerahan Wang Ehsan berlangsung.






Selasa, 24 Mac 2009

Mee Laksa Kak Dayang Hajijah

Gerai Kak Dayang Hajijah yang terletak di Kampung Sekaan Matu



Laksa yang di jual di Gerai Kak Dayang Hajijah
yang di jual dengan Harga RM3.00 Semangkuk.
Amat sesuai sebagai juadah jam 1000 Pagi. Kepada yang berminat datanglah
ke Gerai Kak Dayang yang terletak di Kampung Sekaan Matu.



Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Matu 2009



Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Matu Tahun 2009
akan diadakan Pada 24-25 Mac 2009 @ 2000hrs @ Dewan Masyarakat Kg. Tian, Matu
Majlis Perasmian dijangka akan disempurnakan oleh
YB En AbuSeman Bin Jahwie, ADUN N.38 Jemoreng
Manakala Penangguhan Rasmi di Jangka disempurnakan oleh
YB Datuk Hj Abdul Wahab B Dolah, Ahli Parlimen P207 Igan.
Muslimin Dan Muslimat di Daerah Matu Dan Daerah Kecil Igan dijemput hadir.

Isnin, 23 Mac 2009

Khamis, 19 Mac 2009

Dato Teh Oya ???

Asal dan Tempat Lahir Saya, Kampung Datu, Sibu




Kini Menetap di Kampung Teh, Oya


Selasa, 17 Mac 2009

Nasi Kombo Ikan Keli Kampung Tian, Matu

Nasi Kombo Ikan Keli


Pengacara Majlis, Saudara Mohd Ali B Mohd Jahar



YB Datin Hajah Fatimah menyampaikan amanat kepada Para Peserta
Sejahtera Task Force

YB Datin Hajah Fatimah, YB En AbuSeman
Dan Pegawai Daerah Matu, En Philip Peter Salam
sedang mendengar Laporan Program Sejahtera Task Force, Kg Tian, Matu.

YB Datin Hajah Fatimah menunjukkan Demonstrasi menyediakan
NASI KOMBO IKAN KELI,
sempena Lawatan Rasmi ke Projek Sejahtera Task Force di Kg Tian, Matu @ 17.3.09













































Isnin, 16 Mac 2009

Demam Akademi Fantasia Bermula Lagi


Malam minggu yang lepas pastinya Peminat AF dan juga Peminat EPL berebut Remote Astro.

Apa tidaknya Konsert Pertama AF 7 bermula pada malam tersebut manakala Perlawanan HEAVY WEIGHT Manchester United VS Liverpool pun turut berlangsung.



Yang Pastinya sekarang Demam Akademi Fantasia sedang melanda kita sekali lagi.

AC Milan Menang Lagi


Awal Pagi tadi waktu Malaysia, Kelab Gergasi Bolasepak Itali, AC Milan menang Besar 5-1 ke atas Pasukan Siena. Kemenangan tersebut bukan sahaja sekadar mengukuhkan pasukan Milan untuk mendapatkan tempat di dalam persaingan Liga Juara-Juara Eropah musim depan tetapi cukup bermakna kepada penyerang veteran mereka Filippo Inzaghi yang berjaya menjaring gol ke-300 beliau di dalam Liga Sieri A.
Forza Milan ! Forza Rossonerri !

Jumaat, 13 Mac 2009

5 Kelab Eropah Yang Paling Berjaya Di Liga Juara-Juara Eropah

REAL MADRID (SEPANYOL) JUARA - 9 KALI

AC MILAN (ITALI) JUARA - 7 KALI


LIVERPOOL (ENGLAND) JUARA SEBANYAK - 5 KALI


BAYERN MUNICH (JERMAN) JUARA - 4 KALI


AJAX AMSTERDAM ( BELANDA) JUARA - 4 KALI









Khamis, 12 Mac 2009

Bila PM Baru Malaysia ?


Bila agaknya Datuk Najib Duduk di kerusi PM?. Macam-macam andaian yang di buat oleh tukang ramal . Ada yang kata hujung bulan, ada yang kata lambat lagi dan di tangguh, tak kurang juga yang kata masa Perhimpunan UMNO nanti.


Semalam Pak Lah kata bahawa Tarikhnya dah ada di dalam Fikirannya. Oleh itu kepada Rakyat Malaysia Sabarlah......jangan tergogoh gapah......tunggu dan lihat sahajalah . Hanya masa dan waktu yang akan menjadi Penentu dan saksinya.





Furgeson tunjuk jalan keluar kepada Mourinho















Awal Pagi waktu Malaysia tadi Furgeson telah menunjuk Mourinho JALAN KELUAR. Ini berikutan kemenangan 2-0 Red Devil ke atas Nerrazzzuri.

Kemengan tersebut memberi harapan kepada Furgeson untuk memperoleh 5 piala musim ini.

Rabu, 11 Mac 2009

SIAPA MASUK DAN SIAPA KELUAR




Awal Pagi Esok @ 12/3/09 @ 0245 kepada kakibola pastinya akan berjaga di depan TV untuk melihat 2 GERGASI Kelab Bolasepak dari Liga Terbaik Dunia (EPL) , (SIRIE A) akan cuba menunjuk JALAN KELUAR antara satu sama lain.
Jika seri, Intermilan (Nerazzuri) masuk dan penyokong MU(Red Devil) akan hilang harapan untuk melihat MU meraih 5 piala yang di cita-citakan. MU mesti mengelakkan Intermilan daripada MENYERIKAN mereka.

Namun kehebatan Nerazzuri hanya gah di Sirie A sahaja berbanding dengan kekuatan jirannya AC MILAN (Rossonerri) yang sering menewaskan MU.

Tunggu dan Lihat sahaja esok.

Poket Money Rakyat Malaysia


Datuk Seri Mohd Najib, kelmarin telah memberikan Rakyat Malaysia Poket Money RM60 Bilion untuk menghadapi krisis ekonomi dunia.


Daripada Jumlah tersebut :-


1. RM15 Bilion untuk suntikan Fiskal

2. RM25 Bilion Dana Jaminan

3. RM10 Bilion Dana Ekuiti

4. RM7 Bilion inisiatif pembiayaan swasta

5. RM3 Bilion insentif cukai


Pakej Ransangan yang besar ini membuktikan bahawa Malaysia Negara yang banyak Duit. Sepatutnya kita Rakyat Malaysia bersyukur kerana Tuhan memberi Rezeki yang lebih dengan kita walaupun negara-negara lain terpaksa meminjam dengan Along Antarabangsa( IMF / Bank Dunia) untuk meransang ekonomi mereka.


Bersesuian dengan Firman Allah SWT yang bermaksud : "JIKA KAMU BERSYUKUR MAKA AKU AKAN TAMBAHKAN NIKMATKU KEPADAMU TETAPI JIKA KAMU KUFUR DAN INGKAR SESUNGGUHNYA AZABKU AMATLAH PEDIH".



Tahniah Datuk Fendi


Mantan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri , Datuk Seri Mohd Effendi Norwawi sekali lagi dilantik sebagai senator untuk kali ke-2.


Beliau mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh kelmarin @ 10.3.09.

Selasa, 10 Mac 2009

FORZA MILAN











FORZA CALCIO TEH







Kalau di Brazil terkenal dengan Bolasepak Lorong atau Jalanan namun di Kg Teh Oya, TEKENAL dan BANGGA dengan Bolasepak Simennya.
Permainan ini memerlukan SKILL , KEPANTASAN serta KREATIVITI.
FORZA CALCIO TEH