Khamis, 5 Mac 2009

MUTAKHIR Bajet mini dibentang untuk bacaan kali pertama


KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2009 dibentangkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Kong Cho Ha, untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pagi ini. Pembentangan untuk bacaan kali kedua dijadualkan Selasa depan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang juga Menteri Kewangan. Timbalan Speaker, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, menjelaskan rang undang-undang berkenaan adalah bajet mini yang dibacakan sebagai Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan.
Kong, ketika ditemui di lobi Parlimen, berkata rang undang-undang itu mengandungi peruntukan RM5 bilion untuk perbelanjaan pengurusan dan RM5 bilion untuk pembangunan.


sumber : Berita harian /5/3/09 @ 1330

Tiada ulasan:

Catat Ulasan